RANDY ORTON my fevret wrestler ever!!!

Wednesday, October 27, 2010

memoir of shafiqah(part 2)

                  Idham berdiri tegak menampakkan dirinya yang konon konon macho itu semua orang tertumpu melihat dia selepas menjerit memanggil nama syafiqah.
 " u nak apa idham "tiba tiba syafiqah bersuara lantang sambil semua tertumpu kepadanya pula.narveen,muzammil dan kalvin pula berpeluk tubuh sementara nursyazwani,jenny dan sabariah masing masing duduk rapat di tengah tengah mereka liyana pula duduk berseorangan kebingungan.
"i nak u la apa lagi "idham merenung tajam kepada syafiqah 
" kan i dah cakap dengan u i dah tak mahu u lagi dan takkan percaya u lagi, u tak faham bahasa ke?"mata syafiqah terbeliak menunjukkan kemarahannya.
 "baik u ikut i sekarang kalau tidak"ugut idham.
 "kalau tidak kenapa?!"syafiqah tidak puas hati.  
"i akan tembak semua orang kat sini"idham mengeluarkan sepucuk pistol jenis R45 warna hitam.kelihatan idham nekad  untuk membuat perkara paling gila dalam hidupnya.
"aaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh"semua bertempiaran lari bertaburan ketakutan di kawasan pusat bowling itu. kawasan itu yang senyap tadi  tiba-tiba menjadi gempar dan kelam kabut akibat dari perbuatan idham.
 "korang semua diam kalau tidak aku tembak"gertak idham lagi.
 "idham kau gila ke apa,tolonglah jangan buat macam ni bahaya"shafiqah yang tadinya marah kini merayu pada idham akibat takut pada tindakan nekad idham.
 "ah takde u mesti ikut i jugak, i tak peduli apa nak jadi jadila lepas ni"idham tidak mahu merubah tindakannya yang gila itu akibat tak mahu kehilangan orang yang  di cintainya itu.
 "idham dah la tu,benda kan boleh di bawa berbincang takkan sampai macam ni"nursyazwani meyampuk memberanikan dirinya.
 "ah kau diam wani kau pun sama saja dengan dia"bentak idham,kemudian nursyazwani terdiam dan duduk semula di tempatnya sambil mengeluh keberatan.
sedang idham leka mengacu pistolnya itu kepada orang ramai dia tidak perasan bahawa ada seorang lelaki sedang memrhati  mencari peluang untuk merampas  pistol dari tangan idham.narveen,kalvin dan muzammil perasan yang lelaki itu ingin mengambil peluang sebenarnya mereka bertiga nekad ingin merampas pistol dari idham.
"ok bila lelaki tangkap dan dapat pistol tu kita serang tau"bisik muzammil kepada mereka berdua memberikan rancangan yang teliti.
"eqa,cepatla kesini buat apa lagi"arah idham dengan keras.lantas syafiqah berjalan kearah idham dengan langkah lembut dan malas malas.kemudian nursyazwani berbisik
"hati hati tau eqa,aku taku takutla"
"kau jangan risau,tau la aku jaga diri"eqa cuba menenangkan nursyazwani dan dirinya sendiri.
sedang syafiqah berjalan dan idham leka memerhatikan syafiqah lelaki itu mengambil peluang dan dia terus menerkam kearah idham dan cuba merampas pistol yang di pegang oleh idham.idham terperanjat kerana terkaman berani itu,mereka bergelut masing masing cuba untuk mengambil pistol itu dan
"Dasss!"satu ledakan termuntah dari mulut pistol itu
"arghhh"idham meraung peluru pistol menembusi lengan kirinya,<span>mereka berdua terkejut dan pistol terpelanting ke arah kawasan bola bowling diletakkan dan terselit di bawahnya,lelaki itu ingin memegang idham kerana cedera tapi idham menolak dan melepaskan satu tumbukan kearah lelaki itu,lelaki itu tak sempat mengelak dan terkena tumbukan idham di bahagian tepi kiri pipinya.dia jatuh tersungkur ke lantai.dengan tak semena kalvin meluru melompat dan menyiku bahagian kepala ala  ala "ONG BAK" dengan ketinggian lebih kurang 6 kaki dan berbadan tegap tapi kurus kalvin mudah untuk membuat aksi tersebut.dia seorang berketurunan india dan memang suka filem aksi dan ganas. idham tak sempat mengelak dan terasa kepalanya berpinar pinar kesakitan kerana penangan kalvin.
"ambik kau"kalvin tersenyum puas,kemudian narveen agak rendah sedikit dari kalvin dia juga sebangsa dengan kalvin turut mengambil peluang membuat hentaman lengan silang kearah idham dan dia jatuh kebawah lantas muzammil pula yang putih rendah dan kurus berketurunan thailand dan melayu pula terus mengunci kedua dua lengan idham.
"lepaskan aku,lepaskan aku.syafiqah tolong i,i cuma mahukan u please suruh diorang ni lepaskan i"raung idham ingin melepaskan diri.syafiqah diam membisu dia cuma memerhatikan idham dari jauh di sebabkan ketakutan.
                                     Lebih kurang 5 minit kemudian 3 anggota polis sampai di tempat kejadian mereka kemudian memberkas idham dan merampas pistol jenis R45 milik idham.
"terima kasih di atas bantuan kamu bertiga,lepas ni kamu semua sila datang ke balai polis untuk membuat keterangan"lelaki yang tadinya terlibat dengan pergelutan tadi mengenalkan dirinya.farid seorang lelaki memepunyai tubuh yang tegap dan tegar kulitnya hitam manis mukanya hampir bulat.dia bekening lebat tapi teratur, matanya pula galak berwarna coklat gelap, dagunya agak panjang hidungnya mancung bibirnya tebal dan berwarna merah jambu.dia juga mempunyai lesung pipt di sebelah kiri dan itu menambahkan lagi kemanisan wajahnya bila dia tersenyum.

"la encik polis rupanya"kalvin terkejut dan tak sangka lelaki itu adalah polis.lelaki itu tersenyum dan mereka semua baru mengetahui indentiti sebenar lelaki tersebut.kemudian lelaki itu berjalan kearah

"hai nama i inspektor farid ridzwan,panggil saja farid"sapa lelaki itu kepada syafiqah semua kawan syafiqah tertumpu kepada mereka berdua.syafiqah teragak agak malu untuk berkata
"syafiqah,nama i syafiqah",farid tersengih melihat gelagat shafiqah.
"erm sakit lagi tak pipi u kena tumbuk tadi"syafiqah memegang pipi kiri farid.
"iskh!sikit jer ni,i dah biasa yang lagi teruk dari ni pun i dah rasa"farid berlagak macho di depan syafiqah,biasala lelaki didepan wanita egonya tinggi sedikit.
"erm,kalau ada apa apa contact i je ok"farid mengeluarkan dompet di poketnya dan mengeluarkan sekeping kad
"ai takkan eqa seorang je dapat kitorang ni camner encik"nursyazwani menyampuk perbualan mereka.farid tersenyum dan mengeluarkan lagi beberapa kad di dompetnya lalu di berikan kepada nursyazwani
"bagi kat kawan kawan awak tau bakinya"
setelah mereka semua dapat kad dari farid,muzammil mencelah
"erm kalau saya nak bayar saman nanti, encik boleh la tolong erk"
"hahahahahahah"semua kawannya tergelak dengan kata kata muzammil.
"erm ok apa apa yang kamu semua nak saya tolong, saya akan cuba sedaya upaya"farid membuat penyataan yang menggembirakan mereka semua.
"ok jumpa lagi semua"farid bersalam dengan mereka semua sambil matanya tak putus melihat syafiqah,dia senyum dan berlalu pergi dari situ.
setelah farid pergi agak jauh dan kelibatnya tidak kelihatan mereka berlapan berjalan keluar dari wangsa walk itu
"eh eqa, aku tengok lain macam je polis tu layan kau.mesti dia dah syok kat kau erk"sabariah bertanya soalan yang agak panas kepada syafiqah ketika mereka berada di luar pintu masuk wangsa walk itu.
"a'ah eqa aku tengok encik polis tu lain macam benar tengok kau"jenny mengiakan kata sabariah.
"ah! sudahlah korang,tak habis habis menyakat si eqa"liyana cuba menghentikan sakatan mereka berdua,sebab muka syafiqah merah kemerahan menahan malu akibat sakatan mereka.
"ala rileksla kitorang main main jela janganla ambil serius"sabariah cuba menenangkan keadaan takut jadi kecoh disebabkan perkara kecil. 
"takper la aku faham korang tak payah nak risau bukan ada apa pun takde effect pun kat aku"selamba shafiqah untuk mengelak dari diketahui mereka yang dia sememangnya malu dan geram dengan mereka.
 "dah dah korang ni ni tak habis habis,kitorang dah nak balik dah ni"narveen mencelah dan memberitahu yang dia dan 2 lagi rakannya ingin pulang.
 "ok jumpa nanti lain kali bila senang ye"harap syafiqah kepada mereka
 "takde hal lah,kalau ada event nanti, call je kitorang.on the spot kitorang sampai"lagak muzammil sambil mengerakkan keningnya berulang kali,mereka semua bersalam dan saling mengucapkan selamat tinggal dan menaiki kereta masing masing.narveen menaiki kereta LAMBORGHINI GALLARDO berwarna kuning metalik dan kalvin sekadar menumpang narveen kerana kereta MINI COOPER S 1.6 berwana merah berbumbung hitam miliknya berada dibengkel untuk diubahsuai.Liyana pula menaiki kereta PROTON JUARA 1.6 milik ayahnya dan zam pula menaiki teksi kerana rumahnya tidak jauh dari wangsa walk.keadaan yang tadinya riuh rendah kini sunyi sepi kerana mereka semua telah pergi ke destinasi masing masing iaitu rumah mereka.

                                                     1 tahun kemudian......

"u  bila kita nak jumpa diorang semua lagi,i rindu sangat kat diorang semua la"syafiaqah meluahkan perasaan rindunya pada farid terhadap rakan rakannya di dalam kereta TOYOTA VIOS berwarna biru milik farid.
"ala u ni tak sabar benar nak jumpa diorang,esok kan nak jumpa diorang jugak kan"farid mengerling matanya sambil memerli.syafiqah sekadar tersengih menunjukkan giginya yang putih.
"biarla,tau la dia tu jealos sebab takde kawan ramai macam i ni "syafiqah menjelirkan lidahnya.
 "hello,u ingat u sorang aje ke yang ramai member,i lagi ramai satu malaysia lagi hmmmp!"farid melawan, sengaja memanjangkan perbalahan kecil mereka berdua untuk tidak terlalu bosan didalam keretanya.
 "pakcik oi,itu bukan kawan tapi rakan sekerja la memandai je.sapa yang jadi polis bermakna kawan u la begitu?!"syafiqah tidak mengalah.farid ketawa mendengar pejelasan syafiqah kemudian syafiqah pula ikut ketawa memecahkan kesunyian hening malam.farid akhirnya dapat memenangi hati shafiqah setelah hampir setahun dia mencuba,betul kata orang tua tua usaha itu  tangga kejayaan.selepas idham hanya farid  yang bertaktha di hati syafiqah.dia banyak berkorban untuk syafiqah diwaktu senang dan susah dia senantiasa ada bersamanya.
Sedang mereka berdua rancak berbual sambil menuju ke arh tempat yang di tuju,tiba tiba seekor anjing berwarna perang berjalan di depan kereta mereka,anjing itu cuba melintasi jalan yang agak gelap. syafiqah ternampak anjing itu dan mejerit
"u anjing kat depan!!"
farid yang sedang memandu laju tersentak dan mengalih arah keretanya untuk mengelak dari berlanggar dengan anjing tersebut,farid kemudian menekan break tapi akibat terlalu laju keretanya tersasar ketepi dan berlanggar dengan penghadang jalan,penhadang jalan itu patah dan kereta mereka terus menjunam kebawah gaung yang agak dalam disebabkan itu kereta mereka bergolek kebawah berberapa kali dan berhenti setelah terlanggar pokok yang agak besar.
                                         Syafiqah membuka matanya perlahan lahan,dalam keadaan kabur dan terbaring syafiqah terlihat pokok pokok besar mengelilinginya dan dia berada diatas pondok usang.setelah tenaganya pulih sedikit shafiqah bangun  duduk menyandar di tepi pondok.dia kebingungan di mana dia berada kini,seingatnya dia tadi melalui satu kemalangan yang serius bersama kekasihnya farid.keadaan di situ sunyi sepi hanya kedengaran bunyi unggas dan burung berkicauan,matanya melilau menikmati keindahan alam yang tidak pernah dilihatnya selama ini yang dia lihat bangunan besar dan tinggi mencakar langit.ketika syafiqah leka menikmati tiba tiba satu lembaga mendekatinya,syafiqah menjadi cemas dia cuba bangun dalam keadaan sakit dipaksa juga untuk dirinya untuk bangun.
"jangan takut tuan hamba,kita adalah orang yang baik baik belaka"lembaga itu bersuara.setelah syafiqah mendengar penjelasan dari lembaga itu syafiqah tak jadi untuk bangun dan lari kemudian dia bertanya kepada lembaga itu
"u ni siapa,dan i berada kat mana ni"
"apakah yang tuan hamba perkatakan,kita tidak faham"lembaga itu tidak faham akan petuturan syafiqah, dia merasa janggal dengan bahasa syafiqah.
"opps sorry!,siapakah anda dan dimana saya berada kini"syafiqah  menggunakan bahasa baku supaya difahami oleh lembaga tersebut.
"nama kita Megat Mentari,dan tuan hamba berada di hutan Onar berdekatan dengan kampung kita iatu kampung pinang tiga batang"lembaga itu menjawab dengan tenang.
"kampung tiga batang,tak pernah dengar pun nama kampung macamtu"syafiqah kehairanan
"macammana saya boleh berada di sini"syafiqah bertanya lagi.lembaga itu kemudian mendekati syafiqah dengan lebih rapat untuk menerangkan situasi sebenar dan kelihatanlah bentuk wajahnya.rupanya seakan manusia berbentuk hampir empat segi mempunyai mata galak berwarna hijau keningnya tajam dan nipis hidungnya mancung tapi bengkok sedikit kebawah bibirnya tebal berwarna ungu cair dan tidak mempunyai lekuk di tengah.telinganya pula runcing keatas, berbeza sekali dengan manusia biasa dan dagunya runcing kebawah.dia tinggi lamapi dan tegap kulitnya kuning langsat dan memakai baju kuno zaman pewira melayu berwarna biru cair dan di pinggangya tersisip satu senjata seakan pedang tapi kecil sedikit.
"sebenarnya......"belum sempat megat meneruskan kata katanya,kelihatan satu sinaran merah seakan laser meluru kearah pondok dimana mereka berdua berada disitu.dan dengan pantas megat merangkul syafiqah dan melompat mengelak serangan itu.
"hahahahahaha"satu hilaian ketawa kedengaran,kelihatan satu lembaga dan terbang kearah mereka berdua.
                                                
                                                         bersambung.........  


Friday, October 22, 2010

jeritan siapa?? bhg 2

                        Amir terus membuka mata untuk memastikan apa yang yang berada di depan matanya.biasala manusia tak lari dari sifat ingin tahu makin ditegah makin itu la dibuatnya.sejurus amir membuka mata dia ternampak lembaga hitam berambut panjang menunduk kebawah di bahagian tepi dinding biliknya ."aaaaahhhhhhhh"amir cuba menjerit tapi jeritannya tidak dapat diluahkan seperti tersekat di halkum sahaja."tolongla  jangan ganggu aku,aku tak kacau ko pown"sambil amir mengundur kebelakang hingga ke hujung katil sambil mengalihkan mukanya ke tepi."aper yang ko nak ha!?"amir menyentak.tapi lembaga itu diam membisu dan membatu di bahagian dinding biliknya itu"tolongla pergi! pergi! pergi!"amir mengagahkan dirinya cuba menghalau lembaga tersebut.peluh sejuk keluar dengan derasnya dari badan amir kerana ketakutan.Amir sudah tidak tahu untuk membuat apa lagi akhirnya amir mengalah dan membisu juga seperti lembaga tersebut ,amir menyerah dan bersedia sahaja apa yang lembaga itu akan lakukan lepas ni.setelah agak lama amir menanti lembaga itu hilang dengan sendirinya amir menarik nafas lega dan tak lama kemudian amir pun tertidur dengan sendirinya akibat keletihan.
                                                                
                                                                               keesokan harinya.......
                              kting! ktang! ktung! bunyi dari dapur kedengaran dengan jelas seperti orang berperang dengan barang dapur,"erm apa bau sedap ni"samad menegur setelah terjaga akibat bau harum dari dapur menusuk ke hidungnya.samad menjeling ke arah harun kelihatan dia masih lena dibuai mimpi lantas dia mengerakkan badan harun untuk mengejutkannya"Run! run! bangun dah lewat ni ko tak nak pi kejer ker?samad mengejutkan harun sambil bertanya kepadanya."ermmm ala awal lagi la baru pukul berapa ni"jawab harun dengan mata terpejam."kepala hotak ko awal lagi ni dah pukul 8 la ngok"samad mengeraskan suara."ok la ok la aku bangun"harun menurut sambil menaikkan badannya separuh."sniff.. sniff... bau aper yang sedap ni"harun bertanya kepada samad."ala mesti si daud tu yang masak saper lagi"jawab samad.harun dengan segera baru dan menaikkan tangannya hingga paras dada seprti hantu cina dan terus pergi kedapur seperti orang mengikut arah bau akibat lapar dan terpikat dengan bau wangi makanan."ko masak aper tu daud?"harun menerpa kearah daud."huish terkejut aku "daud terkejut."kok iya pown bagila salam dulu aper la ko ni"tegas daud."iyerla iyer sorry! sorry!"harun mengalah."eh ko masak aper ni cam sedap jer?"harun ingin kepastian."ala ko makan jela jangan banyak tanya k"daud mengelak."dah dah ko pi mandi nanti kiter makan samer2 taw dah lewat ni kang lewat gak pi kejer"daud mengarah sambil tangannya sibuk memasak.setengah jam kemudian mereka makan bersama tapi amir tiada bersama mereka.ketika sedang asyik mereka makan,"eh amir tak bangun lagi ker"daud memecah kesunyian."entah aku dah kejut dier tadi,badan dier panas demam kowt"samad menjawab."aik semalam punyer sihat arini dah demam pulak"harun mencelah."agaknyer dier demam terkejut pasal semalam kowt,hahaha"samad mengejek kawannya."ah ko tak baik cakap camtu.        
                                   Amir berada disuatu tempat yang tidak asing baginya iaitu di bahagian stor kawasan rumahnya. dia pun tidak tahu macammana dia boleh berada di situ "eh apsal aku ader kat sini?"amir kehairanan.sedang dia bingung memikirkan keadaannya "aaaaaarrrgggggghhhhhhh,tolonggg!tolonggg"kedengaran suara perempuan meminta tolong.Amir meliarkan matanya dan kepalanya mencari suara tersebut.sejurus itu dia terlihat kelibat seorang perempuan berlari diikuti lelaki mengejarnya dari belakang. "ko nak pegi mana hah?!"jerit lelaki tersebut.perempuan itu tidak mengendahkan jeritan si lelaki itu dan dia terus berlari.amir memerhatikan gelagat mereka dari jauh, nasib si perempuan itu tidak baik dia tersadung tunggul kayu dan dia jatuh tergolek ke tanah dan mukanya jatuh dahulu mencium tanah "duppppp"agak keras juga hentakan yang dialami sehingga hidung wanita itu berdarah."hahahahahaahahah"lelaki tersebut ketawa berdekah-dekah"aduhhh aduhh"rintih wanita itu kesakitan sambil menekup hidungnya yang keluar darah.Lelaki tersebut mendekati perempuan itu sambil tersenyum setelah hampir dengan perempuan itu dia mencangkung dan memegang muka perempuan itu."ko nak pergi maner ha pompuan sial?!"herdik lelaki itu."Tolongla jangan bunuh aku pleaseeee!! daud"bagai tersentap jantung amir mendengar perempuan itu menyebut nama rakannya yang dikenali selama ini.amir terus berlari mendapatkan" daud hentikan semua ni daud"amir bersuara sambil cuba memegang rakannya itu, tapi amir tidak dapat memegang kawannya itu kerana dia sebenarnya haya ilusi yang hadir tanpa diundang untuk menunjukkan sesuatu petunjuk kepada amir."ko akan mati sarah ko akan mati!!!"herdik daud amir terus termagu sebentar kerana nama sarah seakan dikenalinya. kemudian daud mengeluarkan pisau dari sisip pinggangnya dan menikam perut perut sarah berkali-kali.Darah merah pekat keluar membuak-buak keluar dari perut sarah mata sarah terbeliak kerana mengalami kesakitan yang amat sangat.
                                "tidakkkkkkkk!!!!!!!!"amir terjaga dari tidur diiringi oleh peluh sejuk membasahi tubuhnya."Astaufirullahalazim"amir menekup mukanya sambil termenung mengenang mimpi yang baru dialaminya tadi kemudian dia menoleh ke arah jam dinding menunjukkan pukul 12.30 tengah malam"uuuhhh bapak! lamernyer aku tido" rungut amir.amir mengeluh resah kerana badannya lemah.amir berdiri perlahan-lahan dan ingin keluar dari biliknya belum sempat amir keluar dari biliknya "amirrr.... amirrr.....amirrr..."suara yang sama semalam memanggilnya lagi.amir tak jadi keluar bilik kerana suara tersebut.amir terus melompat kekatilnya walaupun lemah digagahinya juga akibat takut,tiba-tiba tengkuknya terasa di sentuh sesuatu ia sejuk dan lembut rasanya.amir memegang tengkuknya pula kerana tidak selesa kemudian rambutnya pula ditarik-tarik lembut."huish sudah la jangan ganggu saya lagi boleh tak."hihihihihihi! hahaahahaha!"satu hilaian yang menyeramkan kedengaran."amir menjadi cemas ingin saja dia melarikan diri tapi tak berdaya.kemudian dengan tidak semena-mena satu lembaga muncul di depan amir "arrrggghhhhhhhhh!!!"amir terkejut dan spontan melompat sedikit kebelakang.lembaga itu berambut panjang hingga paras lutut kakinya tidak menyentuh tanah matanya merah seperti biji saga darah merah pekat mengalir dari matanya mulutnya ternganga dan lidahnya panjang nenyentuh dada air liurnya meleleh tak henti-henti.bau busuk menusuk hidung amir,sehingga amir menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau tersebut.bau busuk tersebut keluar dari perut lembaga tersebut yang sudah berulat tapi darahnya masih mengalir perlahan-lahan keluar dari perut lembaga tersebut."apa yang kau nak dari aku hah?!"amir memberanikan diri walaupun ketakutan menyelubungi diri."aku cuma mahu hak aku"akhirnya lembaga itu bersuara.amir terdiam sebentar kemudian"apa hak kau cuber ko cakap ha setan"amir semakin berani."hak aku dari daud"jawab lembaga itu."aper yang daud ambil dari kau ha?!"amir menyentak."aku mahu nyawa dia seperti mana dia mengambili nyawa aku"lembaga itu berterus terang."dah tu kenapa kau mesti nak kacau aku hah?!"amir kehairanan.lembaga itu tidak terus mejawab kemudian dia terus menghilang di depan amir."amir!amir! ko ok ker"daud dan dua lagi sahabatnya menyerbu bilik amir sebaik sahaja lembaga itu menghilang. "daud ko mesti pergi dari sini ader hantu carik ko la"amir menerpa ke arah daud."hahahahaahaha,aper yang ko merepek ni amir maner ader hantu kat dunia ni tu sumer hanya ilusi ko sajer la"bangkang daud."betul la tadi dia datang kat aku dan dia beritahu dia nak bunuh ko"tegas amir kepada  daud kerana tidak percaya."ah sudahla ko pi la tido merepek jela ko ni"samad mencelah."aah la ko ni mir dah dah ko pi tido erk esok ko nak kejer dah dua hari ko tak pi kejer"harun pula menyampuk.amir masih tidak puas hati dan mahu meyakinkan mereka tapi mereka berlalu pergi tanpa mempedulikan amir.amir bengang dan melabuhkan badannya dan akhirnya dia tertidur kembali dalam keadaan bengang dan marah kepada kawannya itu.
                                        keesokan harinya, amir bangun seaawal pagi kerana badannya telah beransur pulih dan kekosongan perutnya juga penyebab dia bangun pagi untuk bangun awal.amir duduk di kerusi seorang diri menikmati hidangan McD breakfast yang dipesannya tadi melalui telefon.Sedang asyik dia menikmati makanan tersebut"warrrrrggggghhhhh!!!"samad menyergah amir."opocot! mak kau kawin lagi satu!"latah amir."ish ko ni kan tak abis-abis nak sergah aku kang aku mati terkejut kang saper susah ha?!"amir tidak puas hati sambil mulutnya mengunnyah makanan."ala rileksla bro aku gurau jela"samad menenangkan keadaan."amboi makan sorang nampak"harun menyapa sedang dia baru keluar dari biliknya."eh takla aku ngah tunggu korang la sebenarnya tapi korang la lambat sangat tu yang aku makan dulu hehe"amir membela diri."eh! maner daud"amir terus bertanya kepada mereka berdua."entah tak bangun lagi,aku ketuk pintu bilik dia dia tak menjawab pown,senyap jer"samad menjawab."eh ko ketukla lagi dah lambat ni kang dia terlambat lak nak pegi keja"amir kerisauan."ok ok jap erk"samad mengalah dan terus pergi kedepan pintu bilik."eh maner sarah haa sejak kebelakangan aku tak nampak pown dier.kan daud selalu bawak dier balik?harun tiba-tiba mencelah mengenai teman wanita daud."entah dah putus kowt diowang"amir meneka."Aaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh!"satu jeritan kedengaran di bahagian ruang tamu."eh kenapa si samad tur"harun kehairanan."entah,eh jom pi tengok"amir cemas,mereka berrgegas mendapatkan samad."samad kenapa ni"amir bertanya kepada samad kehairanan."daud mir daud mir"sambil menunjukkan kearah dalam bilik daud dengan keadaan ketakutan.kemudian mereka terus masuk kedalam bilik daud.bertapa terkejutnya mereka berdua melihat daud mati dalam keadaan mengaibkan dan mengerikan,kedua matanya terkeluar tangan kirinya terpulas melilit lehernya sendiri usus perutnya terburai keluar kedua kakinya  melipat dihempap oleh badannya sendiri.tempiasan darah berada di mana-mana di sekitar bilik daud terutama di bawah jasad daud darah melimpah membasahi lantai.satu pembunuhan yang tidak masuk akal oleh pemikiran logik manusia,mana mungkin ini kerja manusia.setelah melihat kejadian itu mereka bertiga bergegas meninggalkan rumah tersebut tanpa membuang masa. Dan sehingga kini tiada siapa yang tahu siapa yang telah membunuh daud dan bagaimana pula daud di bunuh.
                                      
                                                             tamat

jeritan siapa??

               "Pranggg!!!" kedengaran bunyi benda jatuh di dapur,amir terkejut sambil terbangun mendengar bunyi tersebut."eh bunyi aper tu"amir kehairanan,setahu dia tiada siapa yg berada di rumahnyer ketika ini.dengan segera dia bergegas ke dapur untuk menjenguk barang apa yg jatuh."la periuk rupenyer,ceh ingatkan aper wat cemas jer"rungut amir sendirian."tapi saper pulak yg jatuhkan ni?"amir kehairanan."miowww,miowww"bunyi kucing tiba2 kedengaran.dia berjalan melintasi di bawah meja."ish kucing ni wat suspen jer,ingatkan pencuri la tadi huish! huish!"amir cuba menghalau kucing tersebut.kucing itu terus berlari dan melompat ke arah jendela dan terjun kebawah dengan pantas selepas dihalau oleh amir.Amir tersenyum melihat kucing tersebut lari menuju ke arah bawah rumahnyer di tingkat 2.Amir tinggal di rumah pansapuri sri mahkota di tingkat 2 kira-kira 1 tahun yg lalu,dia tinggal dengan kawan-kawannya seramai 4 owang,rumah amir tak la besar sangat tapi setakat 4 orang yang duduk dikira muatla walaupun agak sempit sedikit, lagipun barang yang berada di rumahnya takdela banyak sangat rumah bujangla katakan."TOK! TOK! TOK!"kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar,amir tersentak mendengar bunyi tersebut  ketika dia sedang leka membetulkan periuk yg jatuh tadi.Amir bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu rumahnya dan terus membuka pintu.selepas membuka pintu kelihatan tiada orang yg berada disitu."aik saper yg ketuk pintu ni?"amir tertanya-tanya "mungkin kucing tadi kowt"sangka amir.Belum sempat amir menutup pintu,"WAAAAAAARRRGGGGHHHHH!!"tiba-tiba satu lembaga melompat ke arah amir "aaaaaaaaaaaahhhhh"amir terkejut sehingga terduduk di atas lantai rumahnya.
                    selepas amir terjatuh dia memejam matanya kerana ketakutan di sebabkan sergahan makhluk yang menyergahnya itu tadi."HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!!!!!"Kedengaran suara gelak sumbang berdekatan dengan pintu rumahnya.amir terus membuka mata sejurus mendengar hilai tawa di luar rumahnya."erm cam penah dengar jer gelak ni"tafsir amir sendirian."wahhhh"kelihatan lembaga itu menunjukkan kepalanya untuk menyergah amir kali kedua."ceh ko rupenyer samad!, wat aku terkejut jer"sentak amir."heheh rileksla bro gurau pown tak leh ker."nasib baik aku takder penyakit jantung lau tak dah lamer aku kojol tau tak!"jelas amir yg masih dalam keadaan terkejut."eh diowang lagi dua maner tak ikut ko balik ker?"tanya amir sambil mengurut dadanya."ader kat bawah tengah amik barang hehe"jawab samad sambil tersengih dan masuk kerumahnya.selang beberapa minit, "Assalamuailaikum!"kedengaran owang memberi salam dari luar."haa tu diowang dah sampai"sahut samad yang ketika itu menonton tv bersama amir"waalaikumsalam"jawab mereka berdua serentak"masukla kalau tak malu"sindir samad yang berada didalam."memang kitorang tak malu pun hehe"sahut mereka diluar sambil membuka pintu."eaakkk"kedengaran pintu di buka"dummmm"pintu pula di tutup."ai amir ko tak kejer ker arini?"tanya daud kepada amir."takla malas aku dowh"jawab amir."AH! ko memang pemalas amir". harun pula menyampuk."biar ar suker akula nak kejer ker tak nak hmm!"jawab amir lagi sambil mendengus."eh!ko dah makan ker amir?"tanya daud ingin tahu."dah tadi lepas magrib"jawab amir selamba."hausnyer tekak aku kering la,eh!ader air kosong  lagi tak kat belakang?"tiba2 harun bersuara.Belum sempat sesiapa bersuara,"GEDEBUK!!!"diiringi suara mengerang "Ahhhhhhrrrggggghhhhh""Eh bunyi aper tu"amir mecelah dan mereka melihat sesama sendiri."Entah"samad pula bersuara Daud ko pi tengok saper kat luar tu"harun cuba mengarah daud.kebetulan pula daud paling dekat ngan pintu.Dengan pantas daud membuka pintu dan menjenguk keluar."Aik takder owang pown"daud bersuara selepas mejenguk keluar."eh ko biar betul, bukan ker kiter dengar bunyi jatuh tadi kan?"amir tidak percaya."kalo lorang tak percaya meh la tengok sendiri kat luar ni"daud membalas sambil memuncungkan mulutnya ke luar pintu.mereka bertiga bergegas ke luar sebaik sahaja daud habis bercakap."aah la takder aper pun pelik jugak kan"harun kepelikan."apa lagi jom ar masuk ish seram ar aku lamer2 kat luar ni"samad mencelah dan terus masuk tanpa menunggu mereka bertiga.sejurus selepas itu mereka bertiga pula berebut masuk kedalam dan terus menuju ke bilik masing2.samad dan harun tinggal sebilik tapi lain pula dengan daud dan amir mereka tinggal berlainan bilik.                      
                                                                                Sejam kemudian..... 

                      ketika daud,samad dan harun sedang enak di ulit mimpi, amir tidak dapat melelapkan matanya kerana di ganggu perasaan ingin tahu jeritan siapa yang kedengaran sejam yang lepas,semakin di fikirkan semakin resah dan tak lena tidur dibuatnya.Jam menunjukkan lebih kurang pukul 1.30 pagi"ish dah lewat ni"amir mendengus keresahan kerana masih tidak dapat melelapkan matanya walaupun dah lewat malam sedang dia asyik melamun memikirkan perkara tadi tiba2 dia terdengar suara berbisik  amir....amir.....amir......Amir melilau matanya mencari suara siapa yang memanggilnya."ish saper pulak ni"amir menelan air liur.sedang matan amir mencari suara halus tersebut tiba2 dia terpaku melihat susuk lembaga di luar tingkap rumahnyer.lembaga itu semakin lama semakin kelihatan dekat dan menghampiri amir,amir menjadi cemas dan panik melihat lembaga itu semakin menghampirinya,Mulut amir terkumat kamit membaca ayat yang diingatinya sambil memejam mata tapi dia tidak pasti adakah urutun bacaan ayatnya itu betul atau tidak.bulu roma amir naik secara mengejut menandakan ia sudah berada dekat dengan amir dan..........
                                                                              
                                                                          bersambung,,,,,          

  

Wednesday, October 20, 2010

Memoir of syafiqah

                        "Please! sayang jangan tinggalkan i,i tak boleh hidup tanpa u eqa"rayu idham kepada teman shafiqah."kan i dah cakap dengan u don't do it,why u buat juga idham"tegas shafiqah."i don"t mean it eqa,i tak tau lak nak jadi camni i ingat u tak kisah"terang idham dengan bersungguh sungguh.shafiqah diam membisu dan masih tetap dengan pendiriannya tidak akan percaya lagi dengan kata idham."i cuma mahu u hidup bahagia dan takkan hidup melarat dengan i kalau i buat benda tu".kata idham lagi untuk meyakinkan shafiqah."sudahlah idham i takkan percaya u lagi"shafiqah tidak percaya."tapi....."belum sempat idham menghabiskan kata-katanya,"tit!tit!"kedenganran bunyi hon kereta dibunyikan seperti memanggil seseorang.mereka berdua berdua menoleh kearah kereta itu untuk memastikan siapa.sebuah kereta jenama nissan model skyline berwarna merah jambu kelihatan dan didalamnya seorang pemandu perempuan dan setelah di amati oleh mereka, nursyazwani yang berada didalamnya."sudahlah u,i must go"shafiqah berlalu tanpa mendengar idham menghabiskan kata katanya."eqa!eqa!eqa......"jerit idham cuba memanggil shafiqah,tapi shafiqah tidak mempedulikannya dan terus pergi kearah kereta nursyazwani.setelah sampai di tepi kereta nursyazwani shafiqah membuka pintu kereta ,belum sempat shafiqah membuka pintu"EQA.......!!!!!!"idham menjerit keras.shafiqah menoleh,"ingat i takkan lepaskan u begitu sahaja,i akan pastikan u akan kembali pada i.kalau tidak nahas u eqa"ugut idham dalam keadaan marah,shafiqah menundukkan wajahnya dan terus menutup pintu kereta.kemudian nursyazwani menekan pedal minyak keretanya ia bergerak perlahan meninggalkan idham yang dalam kemarahan yang meluap luap.
                                          Shafiqah atau nama sebenarnya nurul shafiqah adriana adalah gadis berasal dari johor berketurunan jawa dan bugis berumur lingkungan 20an,kulitnya kuning langsat bentuk muka bujur sirih,kening lebat tapi kemas matanya redup dan agak galak bewarna coklat. hidungnya sederhana mancung tapi runcing,  bibirnya merah jambu dan tebal sedikit, rambutnya lurus panjang  hingga paras pinggang badannya kurus agak berisi,tinggi lampai dan jalannya berlenggang seperti model. Dia boleh dikatakan cantik dan sempurna jika di bandingkan oleh perempuan lain.jika tersenyum kelihatan dua lesung pipit muncul di kedua belah pipinya menambahkan lagi lagi kemanisannya sebab itu ramai jejaka tergila gila dan ingin mendampinginya.keluarganya tidaklah terlalu kaya tapi cukupla untuk membuatkan hidup syafiqah agak senang dan selesa sentiasa tapi itu semua tidak membuatkan dirinya bangga diri dan sombong kerana dia tahu hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.tidak pula seperti idham atau nama penuhnya idham haikal nawawi dia agak sombong dan bermegah megah dengan kemewahan yang ada padanya,idham pula jejaka berumur lingkungan 30an berkulit putih suram berkening tajam agak tebal matanya galak berwarna hitam cair hampir coklat hidungnya mancung dan bibirnya nipis dan lebar sedikit bentuk mukanya bujur sedikit dan dagunya sederhana panjang.dia berketurunan pakistan dan acheh indonesia.Bapa syafiqah bekerja sebagai pengurus di syarikat swasta di ibukota dan ibunya pula menjual jamu di kawasan berdekatan rumah mereka di bukit antarabangsa,ulu klang selangor.manakala bapa idham mempunyai syarikat pengeluar kain terbesar di malaysia dan ibunya pula suri rumah sepenuh masa,mereka tinggal di banglo 3 tingkat berdekatan kawasan bukit bintang kuala lumpur.mereka berdua berkenalan di sebuah restoran dan disebabkan kata kata manis idham dan pujuk rayu idham yang meyebabkan syafikah menerima idham dalam hidupnya.


                                           "Eh takpe ker kau tinggalkan idham macamtu"ujar nursyazwani kepada syafiqah."takpe pandai pandaila aku handle ok",shafiqah menjawab tenang seperti tiada apa berlaku."tapi aku risaula takut dia buat apa apa dengan kau"nursyazwani kerisauan sambil matanya memandang ke arah jalan raya."rileksla wani takde apa la bukannya si idham tu boleh buat apa pun dengan aku,eh!macammana dengan malam ni jadi tak pergi main bowling dengan diorang semua"shafiqah cuba mengubah topik perbualan mereka."tengok tu orang tanya lain dia nak tukar topik pulak"nursyazwani mencebik bibir sambil shafiqah tersengih menampakkan giginya yang putih itu."entahla,yang comfirm datang cuma 3 orang je iatu narveen,sabariah dan jenny.yang lain aku tak sure lagila"nursyazwani mengagak sambil bibirnya muncung kedepan.setelah lebih kurang lima belas minit mereka berada di dalam kereta akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah shafiqah,nursyazwani menekan break dan berhenti di depan pintu pagar rumah syafiqah."erm... kau jangan lupa tau malam jangan tak datang pulak,kerana aku akan pastikan kau akan kalah teruk di tangan aku hahahaha"sindir syafiqah meninggi diri yang dibuat buat."eleh! kau ingat aku takut dengan kau punya borak,bawak datang rombongan keluarga kau sekali aku tak takut la"balas nursyazwani tidak gentar dengan ugutan syafiqah. kemudian mereka berdua tersenyum kelakar dengan lakonan yang dibuat mereka sendiri."oklah aku masuk dulu ader apa apa contact aku tau"syafiqah meminta diri sambil berlaga pipi dengan nursyazwani."ok nanti malam i call u"nursyazwani mengajuk percakapan popular mr rajan iaitu security guard di tempat kerja mereka di sebuah syarikat pengiklanan di kuala lumpur.syafiqah tergelak kecil dengan ajukan nursyazwani.


                                            Idham yang kebengangan dan marah dengan kelakuan shafiqah memandu laju kereta mercedes clk berwarna putih miliknya di highway karak.Dia memecut laju memotong kereta satu persatu dia terasa ingin benar untuk sampai kerumah disebabkan ingin mengambil sesuatu untuk melunaskan hajatnya"sudahla idham i takkan percaya u lagi"kata kata syafiqah masih jelas terngiang ngiang di telinganya dan itu menambahkan kemarahannya terhadap perempuan yang bernama shafiqah.setelah sampai di depan pintu rumahnya dia menekan brek dan menarik handbreak di sisinya itu.Dia terus membuka pintu dan keluar tergesa gesa tanpa mematikan enjin keretanya."Loh pak, kok enjin mobilnya enggak di mati in dong?!"wak suharto tiba tiba muncul."ala wak nanti saya keluar balik,tolong tengokkan kereta saya sekejap"idham menoleh membalas sapaan wak suharto dan meluru masuk kedalam."baik pak"wak suharto yang bekerja sebagai tukang kebun akur dengan arahan tuannya itu.rumah idham besar dan cantik 3 tingkat 8 bilik berwarna kuning cair atapnya berwarna maroon pekat,swimming pool berada di tengah rumah sebuah taman bunga kecil menambahkan lagi kecantikan rumah idham ia juga mempunyai court tennis di tepi rumahnya itu.sesiapa yang masuk kerumahnya mesti terpegun dan tertarik dengan rekaan rumah bercirikan arab dan dihiasi ukiran ukiran kayu yang di tempah khas dari pakistan menambahkan lagi kecantikan rumahnya itu.idham menaiki tangga dan masuk kebiliknya dan mengambil sesuatu di bawah katilnya dan terus keluar dari bilik menuju ke keretanya.Idham membuka pintu kereta."wak!"idham memanggil wak suharto."iya pak, ada apa"sahut wak suharto."cakap sama ibu salmiah saya balik lambat sedikit malam ni"terang idham pada wak suhato."baik pak,nanti saya bilang sama ibuk salmiah"angguk wak suharto dan kembali menyambung kerjanya memotong rumput.idham menutup pintu kereta dan keluar dari perkarangan rumahnya dan meluncur laju tak sampai seminit kelibat kereta idham sudah tidak kelihatan.


                                          Malam itu shafiqah bermain bowling dengan malam 5 rakannya di wangsa walk berdekatan carefour dan NZ corner di wangsa maju.mereka bermain begitu seronok sekali sehingga gelak tawa mereka didengari oleh semua orang di dalam kedai bowling itu."KLAKANG!!!"Bunyi hentaman bola bowling menjatuhkan pin pin yang di susun kesemuanya habis jatuh tiada satu pin pun yang berdiri."yes!,cantik ah strike tu hahaha"lagak kalvin kerana menjatuhkan kesemua pin yang ada, kalvin duduk dan kini giliran narveen  ."eleh aku pun boleh buat la"narveen cuba menunjukkan kebolehannya pada semua rakannya.dia mengambil langkah tiga tapak kebelakang menunduk dan berlari membuat balingan"klakang"pin jatuh terkena hentaman.tapi yang jatuh hanya satu pin sahaja yang jatuh"shit! satu je yang jatuh"narveen bengang mengeluh berat."hahahahahaha"semua kawannya ketawa mengejeknya.kemudian dia mengambil bola yang beratnya 10 kg "tengokla lepas ni mesti habis punya"dia meyakinkan diri dan kawan kawannya.jenny memeberi sokongan"veen kau boleh".narveen tersenyum dan bersedia membuat balingan kedua.nusyazwani,syafikah,muzammil dan kalvin terdiam manakala noor liyana kelihatan sedang berbual mesra menerusi  telefon tidak memepedulikan mereka yang lain.narveen mencari sudut sperti biasa dan membuat balingan kedua "klakang"."yahhhhh!"narveen bersorak kegembiraan kelihatan pin yang terkena bola yang dibaling oleh narveen itu kesemuanya habis jatuh bertaburan.mereka dibelakang bertepuk tangan "cayalah veen"muzammil bersorak gembira."tu la aku kata habis,mesti""EQA!!!!"belum sempat narveen menghabiskan kata katanya kelihatan seorang lelaki menjerit memanggil nama shafiqah.
                                                                 

                                                                  besambung...........  

Akan ku jumpa.

ku mengatur langkah ku
berjalan tanpa bayang bayangmu
langit dan bumi setia menemaniku
matahari menyinar
tak pernah berpihak padaku
ku kepanasan tanpa perlindunganMu
hari berganti hari
aku masih teguh menanti
hadir dirimu dalam hidupku ini
rasa kecewa ada
bila kaki penat berlari
namun yakinku
kau kan ku temui
ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
yang ku tahu
hanya tuk diriku
kan ku terus cari
sampai hujung dunia
kerna ku tahu
akan ku jumpa diriMu
dan ku kan terus
menempuh mimipi mimpiku
selalu...
ku lihat semua gembira
bila mengenali erti cinta
senyumanku beri hanya duka
bila ingin teman
tuk berbicara
cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
cinta jangan kau pergi
bila langkahku cuba
untuk mengejar dirimu